Friday, October 12, 2012

Journey to Balikpapan (yeahhh!!!)


Kami sebenarnya tengah offday hari selasa hari tuh, then dapat call from Beti that we have to go to Balikpapan for our working visa-KITAS. Yeahhh!!!!aku da lama tak tengok traffic light!!!hahahahaha!!aku tak tau kenapa dalam banyak-banyak benda aku rindu traffic light. 

Kami gerak rabu pagi. Yang bestnya , bangun-bangun rupanya safety shoes kami dah dibersihkan. Whoah!!!ini sudah bagus nih! bukan stakat laundry, kasut pon dibersihkan, sampai tapak kasut pon bersih. Dah macam kasut baru aku tengok, kalau tak sebelum nih macam kasut celup tepung je.



TADAAAAA~~~~


Bersihkan???da boleh buat scrub muka


Ini je yang aku bawak, sebab semalam je bermalam. Kucing aku da tergolek da.


Pagi itu hujannn, mesti bumi Muara Bunyut sedih sebab aku nak tinggalkan dia.


Sedang menunggu Reguler (kenderaan ulang-alik dari site ke Balikpapan @ Toyota Innova). Hujan kan, tincess takleh basah-basah ha ! ha ! ha! takde ah, hujan lebat kot, cari pasal je redah, demam susah.


Pemandangan depan bilik waktu pagi


more


 and moreeeeee~


As usual, perjalan mengambil masa around 9-12 hours. Ini adalah antara gambar yang aku sempat snap. Yang len tak sempat, sebab masuk kete jadi sleeping beauty. Tidur sampai ternganga-nganga. Oh-hudoh-sungguh.



Haa..kali ini special, ada video sket, baru rasa nak ambik sebab rasa rugi tak sempat shoot sorang akak nih pakai bedak sejuk bawak motor. Akak, lu memang bran!


 Sampai-sampai, terus pergi SuperBlock, konpius sekejap pas masuk, rasa macam dekat Kuala Lumpur jap


Yaaa~~sini memang sangat famous Upin dan Ipin





Sangat lapar time nih, kalau nampak lembu melintas time nih pon aku boleh gigit lembu tuh time tuh jugak. We choose to eat at a Pasta shop. Lupa plak nama kedai, al maklum la, lapar sangat.





Semua kelaparan nih





My food~~~ sirloin steak~~~sexy nya lembu nihhhhhhhhhhhhhhhhhhh~!!


Pastu pergi cuci mulut kat Jco ..Asyik~~!!


Balas Starbucks plak, duk hutan 2 minggu weh. Keluar hutan balas macam-macam. And then we have a very longggggggggggggggggggggggg chat~~~share experienced tempat kerja masing-masing. Sembang sampai ke hotel sampai ke tengah malam. Gosip segala.. auwww~~



Next  day, ngurusin working visa . Ini adalah kantor Imigresen Balikpapan. Nice people there !





Itu aja dari saya. Duluan ya.. Daaa~~!!


#Perjalanan balik 12 jam @_@

Sunday, October 7, 2012

A night in Melak,Kalimantan Timur

First of all,aku mintak maaf sebab kualiti gambar tak bagus sangat. At first bila sampai kat Muara bunyut tempat aku kerja ni, aku ingatkan memang sekeliling aku adalah hutan semata-mata. Oh no! meleset sangkaan aku rupanya.

Semalam, Beti rakan kerja aku ajak aku dan kak Mary ke Melak. Dia cakap, kat sana macam bandar, so boleh lah nak beli barang-barang harian. Plus, dia cakap ada pasar malam. Super excited nak tengok bandar Melak macam mana. Kiteorang siap-siap tunggu depan mess.



Excavator kat belakang tuh kena buh duit pastu boleh main 2 minit. Korang caye tak?


Ni tempat guard, nak masuk mess mesti melalui sini


Kiri Beti dan kanan Kak Mary


Sampai-sampai bandar Melak singgah farmasi dulu


Gambar dari dalam kedai. Aku da lupa nama kedai ni, tapi ok jugak, barang adidas ada L'oreal pon ada


Sini memang pemes teh kotak. Sedap!!!


Masa mula-mula sampai pasar malam


Aneka makanan



aku singgah kedai ni, pandai plak abang yang jaga kedai ni cakap bahasa malaysia. Comel je..hahahaha!! Aku beli kepit-kepit rambut dengan stokin.


Ni plak orang tengah main baling-baling gelang pastu dapat hadiah. Sebutnye pasar malam, tapi aku rasa kalau kat Malaysia macam fun fair lah kita.


Adik tuh da penat pegang batang pancing, last-last dia main ambik pakai tangan je. Ini tidak adil ini tidak adil~~


Then, kalau dah jalan-jalan haruslah lapar. Beti bawak kiteorang makan bakso kat kedai bakso Goyang Lidah. Lepas makan confirm goyang lidah!






Bakso


Es Jeruk

Lepas tuh balik. Perjalan mengambil masa dalam 30minit untuk pulang ke mess. Jalan takyah cerita. Lubang kaw-kaw. Yang tak tahan konpem boleh mabuk. Thats All. Daa~~~

#Makanan sini semua sedap-sedap 


Friday, October 5, 2012

Lori gemuk- gemuk

Salam .. A very short update from me.. Sampai sini sumpah aku kagum gila, lori besar-besar gila atau kat sini dipanggil HD, almost 30 orang drivernye ialah kaum wanita. True story!

They even ada community centre untuk melatih driver wanita.




Salah seorang driver wanita HD

Tuesday, October 2, 2012

Day 3 in Balikpapan


Tiba-tiba aku rasa aku cincai kaw-kaw tulis blog..lantakla...noob lagi kan. Day 3 kiteorang berangkat dari
Hotel Nuansa Indah langsung ke office Balikpapan. Then sementara tunggu driver datang kiteorang pergi cari pulsa (topup) siap-siap sebagai stok nak bergayut nanti lam hutan.

Kiteorang gerak naik Avanza, aku,kak mary ngan jen win satu kereta. Jen win beg kecik je, biasa la laki kan, barang bukan nak banyak. Kesian aku tengok orang ramai-ramai tolong angkat beg aku ngan kak mary..hahahahaha!beg aku aje 28.6 kg..macam-macam menda aku buh dalam beg sebagai stok untuk 6 minggu duk (last-last kena duk 8 minggu..puiii! sedih jangan cite).

Driver kiteorang nama dia Pak cucun. Style gila dia drive,aku rasa macam lam cite action Hollywood. Perjalan ke Melak ambil masa lam 9-10 jam (pak cucun buat 9 jam je). Anddddddddd, don't you expect jalan dia macam kat malaysia .Jalan kat Malaysia gebu-gebu, halus-halus.. tak macam jalan yang aku lalu,lubang sana sini. Bergoncang sakang duk lam kete, pak cucun elak sehabis mungkin lubang,tapi da terlampau banyak kan, kadang-kadang redah jugak lubang tu, memang tercampak depan belakang kiri kanan lah.


Pak Cucun in da house!!!!sebelah kanan tuh tuh tuh...kalau aku jadi producer aku nak amik dia berlakon flilem action.


Pastu singgah makan kat mana ntah. rp 30 000 = lam rm10..rasa macam kena tipu je..hahahaha!ntah la..rasa macam mahal je..tapi takpe la..sebab ikan bakar dia memang sedap gila!


Kiteorang sampai lam area 8-9 malam camtu, bertolak lam 10 pagi tadi. Ni suasana area bilik aku.


Andddddd this is Le Room..Sepah?abaikan..hahahahaha!!!bukan aku yang buat sepah , tuh menatang bear mr bean warna coklat tuh sepahkan bilik ni..Aku cakap betol ni.. True story!

Monday, October 1, 2012

Day 2 in Balikpapan


Kabare kawan-kawan2?? haha! makasih ya singgah blog  aku

Hari kedua, Kiteorang suma disuruh meet at the lobby lam kul 8 pagi. Hantar laundry iron baju pastu lambat siap. Pastu huru-hara turun siap sebab driver dah tunggu. Jawabnya pakai baju macam jalan-jalan je. Sebab ingatkan jumpa kat lobby je..tau-tau disuruh ke office! ya,ke office dengan round neck suma. Bukan stakat pergi office situ je, kena pergi Balikpapan Coal Terminal plak.masak!hangus! pakaian lintang pukang takyah cakap la.. After meeting dengan Pak Duncan kiteorang gerak sana.

Perjalanan dari office dalam 30 minit lepas tu naik speedboat 15 minit.











Balikpapan Coal Terminal sangat cantik! rahang gigi jatuh ke bawah sekejap







Dalam pukul 3.45 kiteorang gerak balik sebab nak kejar pergi shopping barang dekat Balikpapan plaza.. Later aku update lagi

#blogger cap ayam