Tuesday, February 1, 2011

Red Velvet With Cream Cheese Topping




Untuk Memenuhi permintaan Amni...Ini resepi untuk ko and untuk sape-sape yang nak try buat kek nih.

Bahan-Bahan Kek

1/2 cawan Butter/marjerin (aku guna marjerin jek!)
2 biji telur (jangan kedekut!guna telur besar ok?)
1 Cawan Buttermilk (Cara buat:1 cawan susu+1 sudu besar cuka,biarkan 15 minit)
2 cawan tepung
1 sudu kecik garam
1 sudu besar cuka
1 cawan gula
1 sudu kecik esen vanila
2 sudu besar perwarna merah(jangan guna sirap!)
1/3 cawan serbuk coklat
1 sudu kecik bicarbonate soda

Cara-cara

1)Pukul marjerin+gula
2)Masukkan telur dan sambung pukul
3)Masukkan esen vanilla dan pukul lagi
4)Dalam bekas yang asing,campurkan serbuk coklat@serbuk koko,tepung dan garam.Kacau
sehingga sebati
5)Campurkan pewarna merah kedalam buttermilk
6)Masukkan campuran serbuk koko+tepung+ garam tadi(masuk skit je),kemudian pukul,
7)Masukkan skit campuran buttermilk yang da bercampur dengan pewarna
8)Ulang no 7 dan 8 sampai campuran habis
9)Bancuh bicarbonate soda+cuka (jangan terkejut pulak,nanti akan berasap skit!)
10)Masukkan dalam adunan tadi
11)Tuang adunan kedalam acuan kek yang telah di sapu dengan marjerin(senang nak
keluarkan kek nanti)

Cream Cheese Topping

Bahan-Bahan

1/2 cawan marjerin/butter
250 g cream cheese
1 cawan gula aising
1 sudu kecik esen vanilla

Cara-cara

1)Pukul Butter/marjerin dengan cream cheese sehingga lembut berkrim
2)Masukkan esen vanilla dan pukul
3)Masukkan gula aising dan pukul
4)Siap!sapu je atas kek(Pastikan kek sejuk dulu!)

That's All!!Selamat Mencuba!!! XOXO